"Ini dipanggil 'beer'. Bismillahirrahmannirahim," demikian kata lelaki dalam video TikTok yang tular di media sosial baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Perbuatannya itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan ramai, malah ada yang mengaitkan dengan Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani kononnya mengamalkan liberalisme menyebabkan golongan ini berani menunjukkan gaya hidup liberal di media sosial.
"Inilah Melayu mengaku Islam yang merosakkan agama Islam dan buat bangsa lain menghina agama Islam. Siap baca Bismillah lagi. Melampau sangat dah ni. Viralkan biar sampai kepada pihak berkuasa agama dan diambil tindakan," kata netizen.
Bagaimanapun, ada beberapa individu memaklumkan, lelaki dalam video tersebut bukan berasal dari Malaysia, sebalik berasal dari negara jiran, Singapura.
Menyedari ramai yang salah faham dengan video tular itu, salah seorang daripada lelaki berkenaan tampil memberi penjelasan.
"Tetapi seperti apa yang anda semua lihat, kami berada di Yakool Zuna, Singapore first muslim friendly bar. All drinks on this menu ara muslim friendly. They are plant-based and contains no alcohol (0.00% ABV).
"Kami tiada niat untuk buat prank atau apa yang sewaktu dengannya. Memang tak ada. Niat kita sekadar nak support bisnes anak Melayu kita. Itu sahaja.
"Kita pun tak nak hiraukan apa-apa komen lah, semua ada hak untuk bersuara mengenai apa saja. Tetapi niat kita bukan untuk memperlecehkan agama atau apa-apa. Kami bangga ada orang yang prihatin dengan perkara sebegini," ujarnya.
from The Reporter https://ift.tt/rOh38U4
via IFTTT
No comments:
Post a Comment