loading...
  • Breaking News

    Tuesday, February 21, 2023

    'Saya tidak mengaku salah' - Ketua Penerangan Bersatu didakwa meminta & menerima rasuah RM6.92 juta untuk projek Lebuhraya CSR



    Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.92 juta berhubung projek Jana Wibawa. 


    "Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibiarakan," katanya di hadapan Hakim Azura Alwi. 


    Dalam pertuduhan pertama, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa meminta suapan sebagai dorongan untuk membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd bagi mendapatkan projek pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur. 


    Tertuduh didakwa meminta suapan itu Lim Tian Chuan di Royal Club, Taman Tasik Perdana pada April 2022. 


    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM6.92 juta melalui akaun syarikat WSA Advisory Group Sdn Bhd Bank CIMB cawangan Bukit Tungku, Taman Tunku, pada 8 Julai 2022. 


    Wang itu kemudian dipindahkan dari akaun Maybank Islamic Berhad ke akaun syarikat milik tertuduh yang dipercayai sebagai upah bagi mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek Lebuhraya CSR bernilai RM223 juta. 


    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi. 


    Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM400,000 dan dikehendaki menyerahkan pasport serta melapor diri ke pejabat SPRM Putrajaya. 22 Mac depan telah ditetapkan untuk sebutan semula kes. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/r254hnL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment