Sabtu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, mengumumkan dirinya berehat seketika dari arena poliik, menerusi ciapannya di laman Twitter.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dia berbuat demikian kerana mahu membuat perancangan baharu.
"Kepada semua rakyat Malaysia, ini adalah rehat seketika dalam kerjaya saya untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memikirkan perancangan baharu. Namun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus," katanya.
Terdahulu, nama Azmin menjadi bualan ramai apabila pemimpin PN tidak menolak kemungkinan akan mencalonkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Susulan pengumuman itu, rakyat mempertikaikan tindakan Azmin yang dikatakan tidak bertanggungjawab, sedangkan gaji bulananya sebagai ADUN Bukit Antarabangsa masih berjalan seperti biasa.
"Saya tak pasti mengapa YB menganggap YB boleh 'pause' sedangkan gaji sebagai ADUN masih berjalan. Adakah jawatan public service sebagai ADUN terlalu remeh pada hemat YB?" kata Anfaal.
"Padanlah urusan kerja di DUN banyak yang tidak diselesaikan. Selaku Ahli Parlimen Ampang, saya sarankan jangan 'pause' sahaja, elaun wakil rakyat beliau juga wajar ditahan," kata Rodziah Ismail.
Sementara netizen lain berpendapat mungkin Azmin sedang menunggu tawaran untuk menjadi DJ (penyampai radio) seperti yang diterima oleh bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin.
Sumber: Harian Metro, Twitter Azmin Ali
from The Reporter https://ift.tt/QH89c53
via IFTTT
No comments:
Post a Comment