loading...
  • Breaking News

    Saturday, February 25, 2023

    'Saya minta maaf, saya hanya bergurau dengan rakan-rakan' - Pelajar tampil mohon maaf & tiada niat menghina Singapura



    Susulan tular video pelajar melemparkan kata-kata kesat terhadap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hanya kerana kertas peperiksaan Sejarah (SPM) mengandungi soalan berkaitan negara jiran, pelajar terbabit tampil memohon maaf di atas tindakannya. 


    Baca: (Video) 'Kepada yang buat kertas SPM Sejarah, ni haaa bu*** mak kau!' - Pelajar bengang soalan exam tanya pasal sejarah Singapura


    "Assalamualaikum, saya pelajar yang terlibat dalam video yang viral petang tadi selepas menduduki peperiksaan Sejarah Kertas 2.


    "Di sini saya ingin menjelaskan apa yang terjadi dalam video tersebut. Sebenarnya apa yang keluar daripada mulut saya itu adalah spontan dan ketika itu saya bergurau dengan kawan-kawan. Jadi, kita meluahkan apa yang berlaku dalam dewan peperiksaan. 


    "Tetapi kawan saya ini tersilap langkah dan tidak berfikir sebelum membuat (rakaman) dan memuat naik video berkenaan dan viral di media sosial. 


    "Saya memohon maaf pada semua rakyat Malaysia, Kementerian Pendidikan, cikgu-cikgu sekolah saya dan mereka yang terlibat dalam membuat kertas peperiksaan sejarah itu. 


    "Saya memang tiada niat untuk berbuat demikian. Apa yang berlaku sememangnya spontan keluar dari mulut. Saya mohon maaf di atas kesilapan saya dan perkara ini akan menjadi pengajaran dan iktibar buat diri saya untuk tidak mengulangi perbuatan ini lagi. 


    Sementara itu rakannya turut tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat sehingga menjejaskan nama baik sekolahnya. 


    "Saya amat menyesali perbuatan saya yang menularkan video tersebut dan saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu. 


    "Saya juga akan bertanggungjawab di atas kesalahan saya yang telah memburukkan nama sekolah dan rakan saya. Saya tidak berfikir panjang sebelum memuat naik video itu," katanya yang turut meminta orang ramai berhenti menularkan video tersebut.  


    Terdahulu, pelajar berkenaan meluahkan rasa bengangnya kerana tidak berpuas hati kertas peperiksaan Sejarah mengandungi soalan mengenai Singapura yang dirasakannya tidak relevan dan tiada kepentingan untuk dipelajari. 


    Disebabkan tindakan kurang cerdik itu, dia dikecam teruk oleh netizen serata Malaysia yang menganggapnya biadab dan memalukan generasi muda.



    from The Reporter https://ift.tt/FBp4Jzb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment