Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.
Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.
Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.
"Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.
"Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.
"Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk.
"Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.
Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Keselamatan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
from The Reporter https://ift.tt/sUgzSi5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment