Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun membuat laporan polis yang mendakwa dirinya telah dirogol beberapa lelaki pada 4 Februari lalu di sebuah rumah di Bedong.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 17 tahun itu mengaku mengenali seorang lelaki bernama Hazeq melalui aplikasi Omi pada Disember 2022.
Pada hari kejadian, Hazeq bersama seorang rakannya mengambil mangsa untuk keluar ke sebuah kedai runcit di Gurun, milik kenalannya bernama Sha yang dikatakan sedang mencari pekerja.
Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa membawa adiknya berusia enam tahun yang kemudian mengikuti Hazeq bersiar-siar lebih sejam di Gurun sebelum dibawa ke sebuah rumah di Bedong.
Dua beradik itu dikurung dalam sebuah bilik yang dikunci dari luar tanpa diberi makanan dan minuman selama sehari.
Dalam tempoh itu, mangsa mendakwa dia terdengar Hazeq berbual dengan beberapa rakannya yang bercadang mahu menjualnya di Pulau Pinang.
Pada hari kedua, dua beradik terbabit diberi makanan. Namun selepas makan makanan yang diberi, mangsa terus tidak sedarkan diri. Sebaik saja terjaga, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan bogel dan telah dirogol.
Sumber: Kosmo Online
from The Reporter https://ift.tt/rUlCHyZ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment