Cara seorang pengusaha warung menangani aduan pelanggannya tentang makanan yang dihidang, mendapat pujian netizen kerana sikapnya yang tenang dan tidak melenting bila berdepan dengan situasi itu.
Pemilik warung yang dikenali sebagai Kak Atie itu sebelum itu sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok dan didatangi oleh seorang pelanggan lelaki yang mengadu makanan dipesannya, Kerabu Maggi, terlalu masin dan pedas.
Kebiasaannya apabila berlaku situasi seperti ini, ramai yang memilih untuk menamatkan sesi live kerana tidak mahu viewers mendengar aduan sedemikian yang dibimbangi boleh menjejaskan perniagaan mereka. Tetapi tidak bagi Kak Atie yang kekal tenang dan menerima aduan dari pelanggannya itu.
Ditanya mengapa pelanggan berkenaan tidak memaklumkan kepada mereka, jelasnya dia menyangka menu tersebut sememangnya disediakan seperti itu.
"Respon daripada ni kan (kerabu maggi), masin dan pedas. Ingat rasa dia memang macam tu. Kalau macam tu, tak mai dah," katanya.
Kak Atie kemudian menjelaskan berkemungkinan kesilapan itu datang dari pihaknya dan tidak menafikan pekerjanya terceduk pes di bahagian bawah bekas (yang tak sebati) menyebabkan hidangan itu terjejas dari segi rasanya.
Sebelum ini pun, pihaknya jarang mendapat aduan mengenai hidangan tersebut dan sekiranya ada, mereka tiada masalah untuk menukarkan kepada hidangan yang baru.
Sebagai tanda permohonan maaf, Kak Atie hanya mengenakan caj bagi minuman berjumlah RM4, manakala kerabu maggi tidak perlu dibayar. Hal itu membuatkan pelanggan berkenaan berasa serba salah dan tetap mahu membayarnya. Tetapi Kak Atie menolaknya dengan cara baik.
Terkesan dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Kak Atie, pelanggan itu berkata dia akan datang makan di warung itu lagi.
@dwarungkakatie Tengah tengah live dapat komplen 😱 #complain #feedbacks #tiktoklive ♬ original sound - Warung Kak Atie Official 🌈🌴
Di ruangan komen, netizen turut memuji sikap Kak Atie yang menerima teguran dengan hati terbuka.
"Macam ni baru betul ahli perniagaan tak pernah takut dengan komplen. Terima dengan hati terbuka dan perbaiki kesilapan atau kegagalan. Terbaik kak!" kata Mat Toya.
"Pakcik itu pun bagus cara dia menegur. Kena belajar cara menegur macam pakcik tu. Selalu rasa bersalah nak complaint," kata Liffyana.
"I suka deal dengan seller macam ni. Terbaik sis. Itu pentingnya communication skill in customer service. Soft dan dia sedia terima kritikan," kata Lady Dee.
Sumber: TikTok Warung Kak Atie
from The Reporter https://ift.tt/BRorHOZ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment