Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai lari dari rumah mengikuti seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya.
Mazwin Mohd Nasir, 45, berkata, dia terdahulu dimaklumkan oleh bekas adik ipar yang mengatakan anak perempuannya, Ellyzia Shahira Mohd Nawawi, telah keluar dari rumah kira-kira jam 2.30 petang, pada 22 Februari lalu.
Sehingga ke hari ini, kanak-kanak berkenaan masih belum pulang ke pangkuan keluarganya di Kampung Charok, Baling, Kedah.
Menurut Mazwin, kali terakhir dia berhubung dengan anak perempuan itu melalui aplikasi WhatsApp pada jam 2.45 petang, 22 Februari di mana Ellyzia Shahira memaklumkan dia berada di rumah kawan perempuan, tanpa memberitahu lokasi sebenar dan nama kawannya itu.
Selain itu, mereka turut menerima maklumat yang mengatakan Ellyzia Shahira dilihat berada di sekitar Kupang, membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki.
Ahli keluarganya juga sudah cuba menghubungi Ellyzia, namun telefonnya tidak dapati dihubungi. Usaha mencari kanak-kanak itu juga tidak berjaya menyebabkan Mazwin tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Gambar Ellyzia Shahira kini tular di media sosial dan ahli keluarganya merayu agar orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan kanak-kanak itu terus menghubungi mereka di talian 019-5277822.
from The Reporter https://ift.tt/4WcQk7b
via IFTTT
No comments:
Post a Comment