loading...
  • Breaking News

    Sunday, February 19, 2023

    (Video) '3 kali, kadang² dia minta' - Keji! Bapa mengaku perkosa anak tiri sehingga hamil 6 bulan kerana isteri tak nak bagi nafkah batin



    Seorang bapa di Sumatera Selatan, Indonesia tergamak memperkosa anak perempuan tirinya sehingga hamil enam bulan. Malah dia juga mengancam akan membunuhnya jika mangsa enggan melayani nafsu serakahnya. 


    Ialah Roy Irawan, 40, mengaku sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali sejak Julai 2022 atau lebih tepat pada Julai, Ogos dan Disember 2022. 


    Roy didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya ketika isterinya keluar. Roy juga mengaku isterinya tidak lagi mahu memilik keturunan menyebabkan Roy memilih melampiaskan nafsunya ke atas mangsa. 


    Perkara itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan mengalami mual, lalu dibawa ibunya ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan sebelum disahkan hamil enam bulan. 


    Di situ, mangsa yang berusia 17 tahun berkenaan mengaku dia telah diperkosa oleh bapa tirinya.


    Terkejut dengan pengakuan mangsa, ibunya terus membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan Roy untuk siasatan lanjut. 


    Video pengakuan Roy turut didedahkan kepada umum di mana lelaki itu mengakui telah memperkosa mangsa sebanyak tiga kali, termasuk atas permintaan mangsa untuk melakukan perkara itu. 



    "Sudah tiga kali (perkosa) dan terkadang dia (mangsa) yang meminta untuk melakukan persetubuhan dengan berkata, 'Ayah, saya teringin'." 


    ISTERI TAK BERI NAFKAH BATIN?


    "Tak pernah dapat, isteri tak nak bagi (hubungan kelamin) kerana dia tidak mahu memiliki keturunan lagi. Maka di situ saya melampiaskan (nafsu pada anak tiri)."


    Roy akan didakwa di mahkamah mengikut akta perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun. 


    Sumber: Indo Zone



    from The Reporter https://ift.tt/f9qVGx5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment