loading...
  • Breaking News

    Sunday, February 26, 2023

    'Tindakan polis menyerbu, menahan & buat ujian saringan boleh menyebabkan pelajar & keluarga trauma' - NGO



    Tindakan polis menyerbu dan menahan dua pelajar Tingkatan Lima yang menghina pembuat kerja Sejarah peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dalam video tular baru-baru ini, dianggap terlalu keras. 


    Pengarah Lawyers for Liberty (NGO), Zaid Malek berkata, serbuan, penahanan dan ujian saringan dadah yang dilakukan itu juga boleh mendatangkan trauma melampau kepada mereka dan keluarga. 


    "Ini semua kerana satu video di mana mereka meluahkan kekecewaan terhadap kertas Sejarah SPM. 


    Bagi Zaid, polis tidak wajar campur tangan dalam isu tersebut dan pihak sekolah yang sepatutnya menangani masalah itu dengan ibu bapa pelajar. 


    "Mereka hanyalah remaja yang bersikap kebudak-budakan dan mereka sudah meminta maaf atas video itu. Namun mereka dilayan seperti penjenayah berat," katanya. 


    Terdahulu, pelajar berkenaan meluahkan rasa bengangnya terhadap pembuat kertas dua ujian Sejarah yang mengandungi soalan mengenai Singapura. Bagi pelajar itu, tiada keperluannya untuk mempelajari mengenai hal-hal berkaitan dengan Singapura yang juga dilabelkan sebagai miskin. 


    Tambah Zaid lagi, Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) menjadi penghalang kepada kebebasan bersuara yang jelas bertentangnya dengan janji reformasi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH)


    "Adakah setiap remaja akan ditahan dan didakwa hanya kerana membuat kecaman secara dalam talian? Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan berlebihan dan sewenang-wenangnya oleh polis berkenaan penahan remaja terbabit. 


    "Kami menggesa semua tindakan polis dihentikan dan perkara ini diserahkan kepada pihak sekolah," tegasnya. 


    Sumber: MalaysiaKini



    from The Reporter https://ift.tt/0QCrHkb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment