Sejak kebelakangan ini ramai pengguna perkhidmatan rangkaian telekomunikasi (TELCO) meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat telko yang didakwa sering mengalami masalah dan gangguan sehingga menjejaskan rutin harian.
Semalam, mewakili rakyat yang sudah lama memendam rasa, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, mendesak Kementerian Komunikasi dan Digital bertindak segera menangani masalah tersebut.
"Saya rasa ahli-ahli yang berhormat di dalam Parlimen ini pun merasa apa yang saya rasa. Kita kalau lambat bayar bil telefon, cepat dia potong kita
"Tetapi dia punya perkhidmatan, servis dia.. sekarang ini kadang-kadang kita tengah bercakap, tiba-tiba hilang. Kita bukan main lagi 'Hello! Hello!? Hello?! Hello??" rupanya dah tak ada (line) dah.
"Kita nak minta supaya Kementerian Komunikasi dan Digital ini cuba tengok masalah-masalah yang berkaitan dengan telko ini.
"Line sekarang ini teruk sangat! Tengah kita bercakap, tak sampai seminit tiba-tiba putus! Sebab itu kita nak minta sangat Kementerian Komunikasi tolong tengok (masalah ini)," katanya di Dewan Rakyat.
YB Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah meminta Kementerian Komunikasi dan Digital melihat soal berkaitan telco serta isyarat telefon yang teruk ketika ini.
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) February 21, 2023
"Kita kalau lambat bayar bil telefon, cepat dia potongnya," katanya.#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat pic.twitter.com/Zi8V7vuU4I
Perkara itu diakui sendiri oleh influencer di Twitter, Jalal Misai, yang mendakwa TM Unifi sudah kerap mengalami masalah dan pengguna pula perlu membayar perkhidmatan yang tidak memuaskan itu tanpa sebarang pampasan.
"Samalah semua telco termasuk juga TM Unifi. Seminggu tak tahu berapa kali ada masalah, tapi bil tetap jalan. Bukan reti nak bagi rebat ke, diskaun ke, ikut hari tak b oleh guna tu. Besar kepala tekan pengguna bila kerajaan tak pernah kacau," katanya.
"Elok sangat ada Ahli Parlimen bangkitkan isu ini. Memang teruk kalau nak dibandingkan dengan perkhidmatan internet di Thailand yang menawarkan internet berkelajuan tinggi dan harga murah. Kita di Malaysia, harga macam celaka mahal. Internet macam siput," kata Ery Nazri.
"Telco besar kepala, dari dulu dimanjakan. Tetapi kualiti servis merosot, harga mahal, data speed capped, hadkan hotspot," kata Sudd.
from The Reporter https://ift.tt/UhXlu82
via IFTTT
No comments:
Post a Comment