Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak bersetuju membenarkan pencarum membuat pengeluaran wang simpanan KWSP buat kali ketiga kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil.
Beliau berkata pihaknya akan mencari jalan lain untuk membantu rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.
Terdahulu, ramai pencarum yang menggesa kerajaan membenarkan mereka membuat pengeluaran KWSP dengan maksimum RM50,000 atau 50 peratus daripada akaun satu simpanan pencarum.
Ini kerana masih ramai rakyat yang belum mampu bangkit meneruskan kehidupan seharian walaupun negara sudah berada di peringkat fasa endemik.
Menurut satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Warisan Rakyat Prihatin Malaysia berkata, lebih 300,000 pencarum masih berharap kerajaan memenuhi tuntutan mereka untuk menyelesaikan hutang.
Timbul juga persoalan apakah rakyat akan merajuk sekiranya kerajaan baharu ini tidak memenuhi permintaan mereka dan sekali gus menghukum kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam buah negeri, tahun ini.
Tinjauan di media sosial mendapati, ramai yang meluahkan rasa tidak begitu gembira dengan tindakan kerajaan yang berterusan tidak mengendahkan desakan mereka.
"Bagi je la duit orang, jangan duk buat keraih sangat. Duk bagi alasan parpu orang tak mau dengar. Orang nak sekang, bukan guna duit siapa-siapa pun, duit sendiri nak guna salah ka? Tolong permudahkan, faham?!" kata Mohd.
"Alasan lapok simpanan hari tua dan baki sedikit sudah tidak boleh diterima pakai masa sekarang. Tanya pendapat T20 memang mereka akan bantah. Hanya NGO yang dekat dengan rakyat saja tahu penderitaan pencarum sekarang," kata Matt Radhii.
"Kerajaan kena faham, kos sara hidup mahal sekarang ni. Luluskan sajalah pengeluaran KWSP segera. Rakyat yang ada terhimpit dalam kesusahan, dah tak ada jalan lain selain mengeluarkan simpanan mereka sendiri untuk terus bertahan," kata Akmal.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/EL5ygSY
via IFTTT
No comments:
Post a Comment