loading...
  • Breaking News

    Thursday, February 23, 2023

    'Cukup²lah netizen dihidang dengan gaya haram pergaulan bebas kalian' - PU Syed minta Anju & ex tunangnya berhenti buka aib sendiri



    Dari awal perhubungan hinggalah putus pertunangan, masing-masing masih berbalas kenyataan di media sosial, mengundang tanda tanya netizen sampai bila kontroversi yang membabitkan Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya, Khazrul Eizey akan tamat. 


    Baru-baru ini, mereka juga didapati mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal sensitif secara tidak langsung telah mencemarkan imej mereka sendiri. 


    Enggan melihat kontroversi itu berlarutan di media sosial, PU Syed tampil membuat teguran secara terbuka terhadap Zarina dan Khazrul. 


    "Nasihat saya kepada artis dan bekas tunangnya yang VIP itu, cukup-cukuplah saling mendedahkan keaiban masing-masing, sampai segala perkara aib kalian dedahkan kepada publik!


    "Allah menutup aib seseorang hambaNya sehinggalah manusia itu sendiri membuka aib mereka. 


    "Cukuplah netizen dihidangkan dengan gaya haram pergaulan bebas kalian semasa (tengah) seronok bercinta dulu. Kini janganlah netizen dihidang pula dengan rahsia-rahsia yang tak sudah-sudah didedah saban hari. 


    "Teruskanlah hidup kalian dan bertaubatlah kepada Allah Azzawajjal," katanya. 


    Netizen juga meminta Syed membuat teguran yang sama terhadap media-media elektronik yang didakwa semakin melampau membuka aib orang dengan mengambil kesempatan di atas isu-isu sensasi. 


    "Media elektronik pun ustaz kena tegur juga. Sekarang ni mereka makin melampau buka aib orang dan menaikkan isu-isu sensasi. Buat tajuk yang sensasi dan minta pembaca klik link, so mereka dapat duit," kata Snow. 


    "Itulah. Semakin menjadi-jadi membuka aib sendiri. Tak elok dibaca dan dipertontonkan. Budak-budak pun ada yang terbaca. Pergaulan bebas bukan main lagi," kata Siti. 


    Sumber: Instagram PU Syed



    from The Reporter https://ift.tt/qGobJhR
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment