Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali semalam di Dewan Rakyat menafikan dakwaan bahawa dia mengaitkan Menu Rahmah dengan penyakit kanser.
Pemimpin PAS itu meminta mana-mana pihak yang mengecamnya untuk merujuk kepada hansard (rekod rasmi Parlimen) untuk membuktikan dakwaan itu.
"Tengok hansard, saya tak ada pun kata Menu Rahmah menyebabkan kanser, tengok hansard," katanya di Dewan Rakyat semalam sebagai reaksi terhadap serangan lisan daripada Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mendakwanya berkata demikian.
Disebabkan kenyataan Halimah itu juga, tampil beberapa pihak termasuk NGO meluahkan rasa kesal terhadap Halimah kerana mengaitkan autisme dengan pemakanan Menu Rahmah. Sedangkan autisme berlaku bukanlah disebabkan makanan, sebaliknya kelainan semulajadi.
Semakan hansard Parlimen bertarikh 14 Februari 2023 menunjukkan Halimah jelas berkata, "Saya tidak ada masalah dengan istilah 'rahmah' atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya".
Penafian Halimah itu mengundang kritikan netizen yang mendakwa dia cuba memutar-belitkan kenyataan sedangkan jelas dan nyata kata-kata itu direkod dalam hansard.
"Satu dunia dengar dengan jelas apa yang kamu kata. Jangan pusing-pusing, kami yang ada anak autisme paling tidak boleh menerima kenyataan awak seolah-olah mengatakan kami, mahupun parent T20 sekali pun makan low quality, low standard (food) dan akhirnya ada anak autisme. Tak tahu dari mana you kutip data itu," kata Tokder.
"Kalau tak boleh bantu, diam. Ini orang bantu pun bising, tak bantu pun bising. Makanan tetap sama cuma kuantiti. Kalau cakna sangat, bantulah rakyat dengan segera. Nak tunggu apa lagi? Tunggu PRN?" kata Adil.
Sumber: MalaysiaKini, Twitter Cik Yanie
from The Reporter https://ift.tt/hZ82dFc
via IFTTT
No comments:
Post a Comment