Polis menahan seorang wanita berusia 28 tahun kerana memotong kemaluan teman lelakinya.
Ketua Polis Bandar Sibolga (Indonesia), Taryono Raharja berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, pasangan itu datang ke bandar dan menginap di sebuah hotel bajet pada Sabtu, 25 Februari lalu.
Pemilik hotel bajet, Evi berkata, pasangan itu mengaku mereka adalah suami isteri dan mahu menginap di hotel itu untuk seketika sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.
Tanpa sebarang rasa curiga, pasangan itu didaftarkan dan diberi kunci bilik.
Tiba di bilik, mangsa mengajak suspek untuk melakukan hubungan intim dan jika permintaannya ditolak, mangsa akan menyebarkan video mereka.
Berang dengan ugutan itu, suspek bertindak memotong alat kemaluan mangsa sehingga putus.
"Motif kejadian, mangsa mengugut akan menyebarkan video maksiat mereka.
"Suspek mengaku dia sebelum itu diajak oleh mangsa datang ke hotel untuk melakukan hubungan intim. Tetapi suspek menolak kerana masih berasa tersinggung dengan ugutan mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian alat sulitnya akibat dipotong oleh suspek," katanya.
Sumber: Detik Sumut
from The Reporter https://ift.tt/H1fZSXT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment