Semalam warga maya dikejutkan dengan pendedahan Nurul Shuhada Mat Shukri yang mendakwa suaminya, Hafidz Roshdi, curang dengan wanita yang didakwa lebih teruk dari Ira Kazaar.
Dalam kenyataan itu, Nurul Shuhada mengakui lambat menghidu kecurangan itu kerana terlalu bersangka baik sehingga orang ketiga itu mengambil kesempatan di atas kebahagian mereka.
Hafidz bagaimanapun dilihat tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Malah dia turut memuat naik gambar dan video live menerusi aplikasi TikTok tanpa memberi sebarang penjelasan.
Tindakan Hafidz itu mengundang cakap-cakap netizen sehingga ada yang tidak menolak kemungkinan dakwaan curang itu hanyalah gurauan semata-mata.
Dalam perkembangan terkini, Nurul Shuhada memuat naik gambar kenangan bersama suaminya dengan luahan yang menyentuh jiwa.
"Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan," tulisnya.
Beberapa jam kemudian, Nurul Shuhada memuat naik hantaran seterusnya yang berupakan video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan kapsyen, "Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin".
Hafidz pada hari ini juga memuat naik kenyataan ringkas di Instagramnya mengenai kesalahan seorang manuia sebagai peringatan untuk diri sendiri.
"Setiap daripada kita manusia melakukan kesalahan. Tapi ingat, Allah Maha Pengampun. Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat," tulisnya.
Semalam, gambar seorang wanita yang didakwa sebagai orang ketiga itu tular di media sosial mengundang kemurungan ramai yang mempersoalkan cita rasa Hafidz Roshdi.
Gambar tular itu turut menunjukkan perbualan mesra mereka di mana si lelaki meminta gambar wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada itu kerana merinduinya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/X1yDsFl
via IFTTT
No comments:
Post a Comment