Pelakon Hafidz Roshdi, 29, yang terpalit dengan kontroversi curang sejak bulan lalu, hari ini dilaporkan telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Menurut laporan itu, Hafidz menceraikan isterinya dengan talak satu dan keluarganya menjadi saksi. Nurul Shuhada juga dikatakan akan memfailkan perceraian itu pada 1 Mac ini.
Sedangkan sebelum ini, Hafidz memuat naik gambar tangannya sedang memegang erat tangan wanita yang dipercayai isterinya, seperti mahu memaklumkan hubungannya dengan Nurul Shuhada sudah pulih.
Terdahulu, orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu, Athira Yuhada, tampil memohon maaf kepada Nurul Shuhada di atas tindakan bodohnya dan berjanji tidak akan mengganggu pasangan itu lagi.
Athira juga menjelaskan dia sudah cuba mengelak Hafidz yang tidak berputus asa untuk mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Dalam kenyataan balas, Nurul Shuhada berkata, dia boleh menerima permohonan maaf Athira. Tetapi tidak akan sama sekali melupakan apa yang telah berlaku.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/zPEv4ZJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment