loading...
  • Breaking News

    Sunday, February 19, 2023

    'Nak kata rumah kita pun bukan, rumah engkau pun bukan, benda itu kan masih dalam urusan faraid? Sampai bila nak bergaduh?' - Ali Puteh



    Dalam temubual bersama pihak Melodi TV3 yang disiarkan pada Ahad, 19 Februari 2023, pelawak Ali Puteh menjelaskan dia tidak mempunyai masalah dengan Siti Nurhiadyah Mohd Ali, isteri kepada arwah abangnya, Abam Bocik, sekiranya dia datang tanpa membuat sebarang rakaman video dan tuduhan tidak berasas. 


    Bagi Ali, tindakan kakak iparnrya sebelum ini telah membuatkan menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap diriya seolah-olah mahu menunjukkan dia dan keluarganya jahat. 


    "Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu. 


    "Niat mereka datang ke rumah itu, wallahualam. Ada komen netizen kata dia datang untuk tengok rumah dia. Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ." 


    ADA KOMEN JIRAN-JIRAN YANG KATA NAMPAK ALI DAN KELUARGA BERADA DALAM RUMAH? 


    "Ada juga terbaca komen itu. Kalau betul jiran yang kata nampak saya dan keluarga di situ, tampil ke depan. Tak payah panggil media, buat video dan jumpa saya di sini. 


    "Awak ingat fake akaun (FB) Tuhan tak nampak? Tuhan nampak. Kalau betul saya ada di situ, buktikan."


    MUNGKIN BALU ARWAH DATANG UNTUK AMBIL BARANG YANG BELUM SEMPAT DIAMBIL KETIKA KELUAR DARI RUMAH SEPERTI GAMBAR ARWAH?


    "Kalau kata niat dia macam mana soalan itu tadi, datanglah. Kenapa nak halang? Nak kata itu rumah kita pun bukan, rumah engkau pun bukan, benda itu kan masih dalam urusan faraid. Siapa yang nak datang tu, datanglah.


    "Tapi persoalannya, video awak itu menimbul persepsi pada orang lain yang mengatakan kita ini jahat." 


    ADA YANG KATA HIDAYAH DATANG NAK BERJUMPA DENGAN ALI UNTUK MEMINTA MELANGSAIKAN BAYARAN RM60,000 (SAMAN FITNAH)


    "Benda ini saya serahkan kepada peguam dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini. 


    "Tapi awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar dan bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lumpsum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga. 


    KONTROVERSI INI MENYEBABKAN ALI DICACI MAKI NETIZEN DAN SUKAR MENERIMA TAWARAN KERJA? 


    "Apa yang boleh saya cakap, bakat (pelawak) seperti ini masih perlu dalam industri. Tetapi bila dah jadi macam ini, orang dah tak pandang bakat. Kalau itu rezeki tertulis untuk saya, saya okay. Sekiranya ditawarkan bekerja semula pun, saya okay."


    KONTROVERSI SEPERTI INI TAKKAN TAMAT, AKAN SENTIASA MENJADI PERBUALAN ORANG. ADA TAK JALAN PENYELESAIAN UNTUK KEDUA-DUA PIHAK?


    "Selesaikan secara keluarga, tak ada orang yang tak nak menyelesaikan masalah. Kalau kata jalan penyelesaian untuk berbaik, secara jujur keluarga saya tidak pernah menjadi masalah. Sampai bila nak bergaduh? Benda ini takkan selesai apabila kita makin bergaduh, makin bergaduh dan semakin panjang ceritanya. 


    "Saya memang akan mencari jalan penyelesaian untuk berbaik-baik dan itu Allah yang tentukan dan kita berusaha ke situ. Masa kahwin, keluarga kedua-dua pihak datang dengan baik. Tetapi kenapa bila jadi masalah seperti ini, kenapa keluarga sesama keluarga tak boleh berjumpa untuk selesaikan masalah. Kenapa jadikan masyarakat sebagai juri untuk selesaikan masalah." 


    Sumber: Melodi TV3



    from The Reporter https://ift.tt/R6edTQZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment