loading...
  • Breaking News

    Thursday, February 23, 2023

    Remaja 15 tahun mengaku bersalah rogol adik perempuan sehingga lahirkan bayi



    Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Jelebu hari ini atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan bayi lelaki pada 16 Februari lalu dengan bantuan ibunya.


    Tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu selepas dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak. 


    Dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2022, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun pada Jun dan September 2022, dan didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan. 


    Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa pada jam 11 hingga 12 tengah malam antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022. 


    Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu sekali lagi dengan mangsa yang sama pada waktu yang sama di antara 1  September 2022 hingga 10 September 2022. 


    Kedua-dua perbuatan itu adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama. 


    Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam. 


    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan sehingga kes selesai dibicarakan. 


    Tertuduh juga diperintah untuk tinggal berasingan dan tidak dibenarkan untuk menghubungi mahupun mendekati mangsa. Kes akan disebut semula pada 22 Mac ini. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/Uh7aDRb
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment