Seorang lelaki warga Banglash dicekup berkhalwat dengan pasangannya wanita (ibu tunggal) warga Indonesia di sebuah hotel terkenal di Taman Melaka Raya, Bana Hilir, awal pagi Selasa.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan di bilik hotel itu dan mencekup pasangan berusia 37 dan 30 tahun berkenaan masing-masing bekerja sebagai pelayan restoran dan pembantu rumah.
Ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa dia terpaksa mengajak kekasihnya tidur di hotel itu kerana gagal menempah perkhidmatan e-hailing.
"Saya mengaku kami buat salah duduk berdua dalam bilik, sebab memang malam tadi saya nak hantar dia balik. Tapi tidak dapat panggil e-hailing," katanya berulang kali memohon maaf sambil menangis kerana menyesal di atas perbuatannya itu.
Wanita warga Indonesia itu pula memaklumkan dia mengenali lelaki warga Bangladesh itu sejak enam bulan lalu dan kerap datang ke bandar untuk mengirimkan wang kepada dua anaknya di Sumatera, Indonesia. Malah dia mengakui ada memaklumkan kepada majikannya akan bermalam di rumah.
Bagaimanapun, alasan pasangan itu tidak diterima dan mereka sempat diberi 'tazkirah' oleh Pengarah JAIM sebelum dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Sementara itu, JAIM turut menahan seorang penuntut wanita di sebuah pusat pengajian tinggi bersama teman lelakinya kerana didapati berada di kawasan sunyi dan gelap di atas batu di Pantai Siring, Serkam.
Pelajar berusia 20 tahun itu memberi alasan mereka hanya sekadar melepak di situ selepas makan malam. Namun, ketika dicekup oleh anggota penguatkuasa JAIM mendapati mereka duduk rapat tanpa ikatan sah dan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut.
Dalam kes berasingan, seorang pengawal keselamatan berusia 28 tahun juga ditahan bersama kekasihnya berusia 25 tahun kerana berkurung di sebuah hotel terkenal di Ujong Pasir sehingga mendatangkan syak.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/laDPG2v
via IFTTT
No comments:
Post a Comment