Kes buli yang berlaku di beberapa sekolah terutamanya di sekolah berasrama penuh (SBP) seringkali dilaporkan. Budaya ragging menjadi seperti acara wajib dilakukan. Meskipun tindakan undang-undang telah dibuat, tetapi isu ini masih berlaku.
Bukan setakat buli, malahan isu serangan seksual juga turut menjadi-menjadi dalam kalangan pelajar.
Seperti yang dipertontonkan di dalam drama Projek High Council, babak-babak yang dipertonton dikatakan merupakan realiti sebenar yang berlaku di dalam sekolah berasrama penuh. Melalui perkongsian di Twitter, netizen berkongsikan pengalaman yang rakan-rakan mereka dan ada juga yang pernah menjadi mangsa serangan seksual.
This part here broke my heart 💔
— Daniél (@danielhvqeem) February 19, 2023
Kalau kita betul-betul dig in, asrama lelaki terutamanya adalah lubuk s3xual ass4ult. Tak kiralah asrama SBP atau asrama biasa, semua sama. And aku dulu mrsm. Sama je.
To those who experienced this, may there be light at the end of our tunnel pic.twitter.com/Cq0AoR7gRt
"This part here broke my heart. Kalau kita betul-betul dig in, asrama lelaki terutamanya adalah lubuk sexual assault. Tak kiralah asrama SBP atau asrama biasa, semua sama. And aku dulu MRSM, sama je.
"To those who experienced this, may there be light at the end of our tunnel," tulis Daniel.
Tidak dinafikan, perkara ini juga berlaku di sekolah asrama agama. Perbuatan ini bukan sahaja menjejaskan emosi mangsa pada ketika itu, malah memberikan kesan emosi jangka panjang mangsa.
"Yes, saya sekolah asrama agama and it happened also to me. Almost every night that guy came to me. Awal-awal rasa uneasy, until one day I'm the one who looking for that, up until now, the guy yang ruined my life married already and me stuck in the loop of maksiat," tulis lifesohard.
"Aku rasa memang betul pun. All of my friend yang berpewatakan lembut, bila tanya why diorang jadi macam tu. Hampir semua memang ada pengalaman kena serangan seksual masa kat sekolah asrama," tulis Minarinana1.
"For your information, exactly yes! Dulu form 1-3 sekolah dekat asrama aku banyak ada adik angkat, abang angkat. Malam tidur sama-sama satu katil. Tahu-tahu tangan masuk dalam seluar budak tu. Memang tak tipu semua scenes dalam ni sebiji in real life," tulis Syaradizlee.
Ada yang mengatakan isu ini sebenarnya satu isu kritikal yang perlu dipantau, malah isu ini juga ada melibatkan tenaga pengajar itu sendiri.
"Sisi gelap asrama yang quite famous tapi kurang dilaporkan. Tapi ada side lain juga, yang suka sama suka tu lagi banyak dari yang kena paksa. Itu belum masuk part tenaga pengajar lagi," kata Acchkoenmgi.
Serangan seksual juga dikatakan sudah berlaku ketika tahun 1990-an dulu.
"Zaman aku 1990 dulu dah ada. Senior paksa baju sampai tukar sekolah terus budak laki tu. Senior tu muka surau wei. Aku pesan kat anak aku, Umi izinkan abang lawan balik sesiapa yg cuba SA abang. Umi akan support abang. Baru berbaloi Umi hantar abang belajar Taekwondo,” tulis Jay & Wiwi.
Tuntasnya di sini, guru dan ibu bapa sangat memainkan peranan yang penting dalam memastikan perkara ini tidak berulang lagi. Sebagai ibu bapa, setiap pergerakan dan kelakuan anak-anak yang mencurigakan perlu sentiasa diawasi.
Sumber: Daniel
from The Reporter https://ift.tt/xDcoGiM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment