18 Februari lalu, penyanyi Baby Shima membuat persembahan di program Hari Bandaraya Mesra komuniti di Sungai Isap Damai Kuantan. Dalam program itu, Baby Shima menyanyikan beberapa buah lagu serta berselawat dengan berpenampilan sopan dan menututp aurat.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuantan (PAS), Wan Razali Wan Nor melalui hantaran di Facebook sehari sebelum program dijalankan, dia mendakwa telah mendapat banyak bantahan orang ramai lalu menghantar suara bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) untuk menghentikan pembabitan Baby Shima dalam program tersebut.
Dalam hantaran itu, Wan Razali juga menyebut Baby Shima kerap dikaitkan dengan masalah moral semasa membuat persembahan dan bercanggahan dengan budaya ketimuran.
Selain Wan Razali, Pesuruhjaya PAS Pahang, Abdul Rosli Jabar juga mendakwa persembahan Baby Shima akan mengundang kemurkaan Tuhan.
Bagaimanapun semalam, Wan Razali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi itu melalui Facebook. Malah dia menarik balik kenyataannya tidak berasasnya terhadap Baby Shima sebelum ini.
"Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan tersebut dan menarik balik kenyataan saya pada hantaran disiarkan 17 FEbruari 2023. Permohonan maaf ini dibuat tanpa syarat dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya," katanya.
Sementara itu, Baby Shima dilihat bersyukur kebenaran akhirnya berpihak kepadanya dan berharap kesilapan yang dilakukan oleh Wan Razali itu akan menjadi pengajaran kepada semua untuk tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas.
Sumber: MalaysiaKini, Instagram Baby Shima
from The Reporter https://ift.tt/apI9zxX
via IFTTT
No comments:
Post a Comment