loading...
  • Breaking News

    Friday, March 10, 2023

    'Mr *** tolonglah didik staff korang, aku ni pelanggan bukan kawan baik kau' - Lelaki kesal dilayan secara tidak profesional dari staff kedai perkakasan rumah popular



    "Mr ***, tolong ajar staff awak berkelakuan profesional terhadap pelanggan," demikian kata seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa tidak puas hatinya di platform itu selepas berbelanja di salah satu cawangan kedai perkakasan rumah popular di Damansara Perdana semalam.


    Menurut pengadu, kedatangannya ke situ untuk membeli barang keperluan dan dia tidak menyangka dirinya akan menjadi 'sasaran tiga kakitangan wanita kedai berkenaan untuk berlatih cara memohon maaf mengikut budaya Korea Selatan. 


    "Aku beli barang tadi. Turun je tangga terus nampak kaunter. Ada tiga staff perempuan gelak-gelak dan salah seorang daripada mereka pandang aku dan dengan lantangnya berkata, 'Ha aku pilih dia ni, customer good looking'," ceritanya. 


    Pengadu secara jujurnya mengakui dia tidak selesa mendengar kata-kata itu dan cuba mengabaikannya. 


    "Aku proceed beli barang kat belakang, beratur sementara ada pelanggan di hadapan. Aku terdengar diorang sembang dengan begitu kuat, 'Haa nanti turn dia, kau cakap teirma kasih kat dia', sambil staff perempuan yang berdiri berdekatan pintu acah-acah practice tangan di dada sambil tunduk nak menunggu giliran aku lalu. 


    "Selesai bayar, aku terus keluar ke pintu. Dia boleh suruh aku ke belakang semula sebab dia nak practice tunduk sambil tangan dekat dada macam orang Korea buat tu. 'Jap jap, belakang balik boleh? Nak practice'. Lepas tu diorang sambung gelak. 


    "Aku tak pasti dengan orang lain fikirkan apa, tetapi aku rasa tak okay terutamanya apabila jantina bertentangan buat macam ni kat aku. 


    "Macam mana kalau situasi semua staff lelaki dan pelanggan perempuan yang mengalami situasi ini? Aku masuk kereta ni rasa macam anxiety, kena tarik nafas dalam-dalam. Jantung berdegup laju. 


    "Tolonglah didik staff korang Mr ***. Tengah kerja kan? Tak payah nak usha customer cantik/handsome or what. Mungkin ada yang cakap diorang cuma nak puji aku, tapi kenapa nak kecoh? Aku rasa perbuatan seperti ini tidak sopan, lebih-lebih lagi ia membabitkan pelanggan. Apatah lagi bila kau cakap kuat-kuat dengan kawan kau sambil gelak-gelak suka ria. Aku ni pelanggan, bukannya kawan baik kau," tegasnya. 


    Pengadu turut tertanya-tanya apakah perbuatan tiga staff Mr *** boleh dianggap sebagai gangguan seksual di mana kejadian itu telah menyebabkan dia berasa kurang selamat. 


    "Aku tak sangka diorang akan tegur dan suruh berjalan balik ke kaunter semata-mata nak practice berterima kasih cara Korea. Sudahlah aku penat, mujur aku tak sound diorang masa itu juga," ujarnya. 


    Sementara itu, netizen juga sependapat dengan pengadu bahawa perbuatan sedemikian boleh menimbulkan rasa kurang selesa pelanggan. Majoriti mengakui insiden sedemikian sudah banyak kali berlaku yang membabitkan golongan 'frontliner' (bukan kerajaan). 


    "Aku faham situasi bro ini. Aku pernah mengalaminya. Sesiapa yang bekerja frontline, tak kisah kerja cashier atau receptionist, tolonglah jaga adab dan tingkah laku. Kau tu tengah bekerja, cari duit dan rezeki," kata Yuz. 


    "Aku faham rasa insecure tu sebab dia (staff) gelak. Aku dulu insecure kalau orang pandang aku sambil gelak, macam trauma pun ye. Sampai bila-bila aku tengok orang gelak, aku rasa dia gelakkan aku. Walaupun sekarang aku dah okay, tapi kalau terjadi dekat aku macam ni, aku pun akan anxiety," kata Maya. 


    "Aku pun tak percaya yang lelaki boleh kena harrased dengan perempuan sampailah aku sendiri yang kena. And jangan cakap 'mesti perempuan tu buruk'. Actually dia cantik dan cute, bonus pandai. Tetapi sumpah aku rasa tak selesa," kata Adam. 


    Sumber: Twitter



    from The Reporter https://ift.tt/CjSYQN7
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment