loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 9, 2023

    'Musibah orang lain jangan dijadikan bahan lawak' - Netizen kecam influencer TikTok buat video parodi kes rumah tangga Puteri Sarah



    Seorang influencer TikTok dikecam netizen kerana membuat video parodi mengenai kes rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof, sebagai content di aplikasi sosial itu. 


    Bagi netizen, apa yang dilakukan oleh influencer itu adalah mengambil kesempatan di atas kesusahan orang dan sepatutnya perkara sensitif seperti ini tidak wajar dijadikan sebagai content untuk kepentingan diri. 


    Dengan berlatar-belakang audio Puteri Sarah ditemubual media selepas keluar dari mahkamah, influencer itu memakai pakaian yang hampir sama seperti Puteri Sarah dan ditemani beberapa kenalannya di belakang selaku peguam. 


    @puspagomeyn Just Let Me Go Mohd Syamsul..yang dua org tu tak rilek plk #parody #puterisarah #puspagomen #tiktokmalaysia #trending ♬ original sound - PUSPA GOMEN


    "Jangan menangguk di air yang keruh. Bersyukur jika kita bukan diuji. Rasanya ini bukan boleh buat main-main. Tak pasal-pasal kena saman," kata netizen. 


    "Mungkin dia pun nak merasa apa yang Puteri Sarah lalui. Kita doakan ramai-ramai lah nyah," kata Intan. 


    "Peringatan dan teguran buat diri saya juga. Musibah dan ujian orang lain jangan kita jadikan sebagai bahan untuk kita meraih sesuatu," kata Afzan. 


    Berdasarkan pemerhatian The Reporter, ramai yang membuat teguran terhadap influencer terbabit. Namun, tiada sebarang tindakan diambil dan video itu sehingga kini masih boleh diakses oleh pengguna TikTok. 


    Tidak kurang juga ramai pengguna TikTok menyeru Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang. Tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang respon dari pelakon berkenaan. 


    Sumber: TikTok



    from The Reporter https://ift.tt/BaeqUnr
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment