Dua lelaki termasuk warga emas ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes cabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.53 petang Jumaat lalu dan salah seorang daripada suspek ditahan adalah Siak.
Menurut laporan yang diterima, mangsa mendakwa dia telah dicabul dua lelaki berusia 56 dan 74 tahun yang merupakan siak dan pesara swasta. Suspek turut menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di tandas surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa dan kedua-dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan.
Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan keputusan ujian saringan air kencing juga adalah negatif.
Suspek direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/OgMKiDj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment