Tular di media sosial semalam gambar sebuah kereta meletakkan vest polis di bahagian dashboard dipercayai bertujuan untuk membolehkan pemiliknya meletakkan kenderaan di laluan utama.
Menurut individu yang memuat naik gambar itu berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pemilik Proton Saga berkenaan menyebabkan laluan itu menjadi sesak.
"Standard nak riadah, lepas tu double park tengah jalan sampai jadi jem teruk. Tak tinggal nombor telefon, tapi letak vest (polis)," tulisnya.
Hal itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mendakwa pemilik kenderaan berkenaan jelas sekali menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.
"Salahguna kuasa ni. Apa lagi PDRM, gunalah alasan ini untuk buang anggota ini, boleh jimat sikit kos operasi kerajaan," kata @Powerbtmversatile.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan meminta individu yang merakam gambar berkenaan untuk tampil membantu siasatan.
Menurut Yahaya, insiden itu berlaku di Persiaran Brash, berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.
Orang ramai juga turut dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulsi berhubung perkara itu yang dikhuatiri akan menjejaskan siasatan dan menggugat reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sumber: Twitter, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/kO2qsVA
via IFTTT
No comments:
Post a Comment