Seorang wanita muda dari Hangzhou, China mengalami kemurungan selepas dikecam mewarnakan rambutnya sebelum mengambil keputusan untuk membunuh dirinya pada 23 Januari lalu.
Gadis berusia 24 tahun itu baru-baru ini menerima tawaran masuk ke sebuah universiti tempatan untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan muzik, selari dengan impiannya untuk menjadi seorang guru piano.
Untuk meraihkan berita baik itu, Zheng Linghua, mewarnakan rambutnya dengan warna merah jambu dan berharap warna itu menonjol serta kelihatan menarik dalam gambar graduasinya kelak.
Zheng berhasrat berkongsi mengenai berita mengembirakan itu dengan datuknya yang terlantar di hospital sejak sembilan bulan lalu. Datuknya merupakan penjaga tunggal selepas ibu Zheng meninggal dunia ketika Zheng berusia enam bulan.
22 Julai 2022, Zheng berkongsi gambar datuknya memegang surat tawaran tersebut melalui akaun media sosial.
Tidak lama kemudian, gambar itu tular dan ramai yang mula mengecam serta membuat spekulasi yang berunsur fitnah. Ramai pengguna media sosial datang menyerang dan membanjiri ruangan komen media sosialnya.
Ada yang berkata, rambut berwarna merahnya kelihatan seperti pelacur, pekerja kelab malam dan menuduhnya mengamalkan pergaulan bebas.
Tidak kurang juga yang turut mempertikaikan keupayaannya untuk menjadi guru piano. Malah, datuknya yang terlantar itu juga menjadi mangsa di mana mereka menuduh Zheng sebagai isteri muda kepada warga emas berkenaan.
Disebabkan hal itu, Zheng mengalami kemurungan dan cuba mendapatkan bantuan daripada pakar psikiatri dan pihak berkuasa untuk melindunginya.
25 Ogos, Zheng memuat naik kenyataan "Mengapa kebanyakan orang yang dibuli di media sosial memilih untuk menamatkan hidup mereka". Sebulan kemudian, Zheng membuat keputusan untuk menamatkan penderitaannya.
Selepas pemergian Zheng, rakannya tampil mendedahkan sejak 2 bulan sebelum kejadian, Zheng kerap memberitahu yang dia mahu membunuh diri tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Malangnya, dia tidak dapat membantu Zheng, selain hanya mampu menasihatkannya untuk tidak berbuat demikian.
Sumber: South China Morning Post
from The Reporter https://ift.tt/vfEFpNG
via IFTTT
No comments:
Post a Comment