Foto sekadar hiasan | MalaysiaKini |
Bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan 'Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera', pakar penddikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi berbanding jam 7.30 pagi.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mempunyai rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang selama ini terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.
"Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah.
"Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan di jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap," kataya.
Selain itu, anak-anak juga berkesempatan untuk menikmati sarapan pagi bersama keluarga, bukannya terpaksa bergegas ke sekolah seperti sebelum ini.
Bagi melaksanakan cadangan itu, KPM disaran mengurangkan sesi persekolahan selama 15 minit bagi sesi pagi dan petang.
"Hanya (dilewatkan) 30 minit. Saya fikir itu tidak menjadi isu jika KPM kurangkan 15 minit sesi pagi dan 15 minit sesi petang," katanya.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/jJ06GrP
via IFTTT
No comments:
Post a Comment