loading...
  • Breaking News

    Friday, April 14, 2023

    'Daddy' mengaku bersalah atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual & seks menggunakan objek terhadap anak tirinya



    Mahkamah Sesyen Ayer Keroh (Melaka) hari ini merekodkan kenyataan seorang pengajar kelas renang yang mengaku bersalah di atas 32 pertuduhan termasuk merogol, melakukan amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya. 


    Lapor Harian Metro, tertuduh berusia 36 tahun mengaku bersalah selepas dibacakan semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam di Mahkamah Sesyen berasingan. 


    Baca: 'Pulanglah Qistina, Daddy tunggu awak balik' - Anak hilang rupanya lari dari rumah sebab trauma diperkosa bapa tiri & 'Daddy' rogol anak tiri semasa isterinya tengah tidur, akan didakwa atas 32 pertuduhan merogol & amang seksual


    Bagaimanapun, hukuman ditangguhkan kepada 15 Mei depan untuk memberi masa kepada pihak pendakwaan melengkapkan fakta kes termasuk mendapatkan keterangan impak mangsa. 


    Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Ali Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah. 


    Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak Januari 2020 hingga 14 Mac lalu di kediaman keluarganya di Jasin. 


    Mangsa mendakwa, suspek masuk ke bilik terus menekup mulutnya sebelum dirogol tanpa kerelaan. Semasa kejadian itu berlaku, ibunya sedang tidur di bilik kelamin. 


    Mangsa yang tidak tahan menjadi tempat melampias nafsu bapa tirinya itu kemudian mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada rumah. 'Kehilangannya' itu mengundang pasangan berkenaan membuat hebahan di media sosial bagi membantu mencari mangsa. 


    "Pulanglah Qistina, daddy tunggu awak balik. Pulang sayang," kata tertuduh menerusi hantaran di Facebook sebelum perbuatannya terbongkar. 



    from The Reporter https://ift.tt/PiueaHl
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment