Seorang doktor di Honduras, Amerika Syarikat, terkejut apabila menemui seekor lipas bersembunyi di dalam alat sulit pesakit wanita.
Dr Marco Calix yang menetap di Tegucigalpa, berkongsi mengenai kisah aneh itu meneruis akaun TikToknya sehingga mendapat lebih dari 1.2 juta tanda suka.
Bercakap kepada Jam Press, pesakit yang tidak dinamakan itu terdahulu datang ke kliniknya dalam keadaan sangat gelisah dan berpeluh.
Dr Calix berkata, pesakit itu mengadu dia mengalami kesukaran untuk tidur malam kerana ada sesuatu di dalam alat sulitnya.
Doktor kemudian memeriksa bahagian dalam alat sulit pesakit menggunakan spekulm, alat khas untuk memeriksa alat sulit wanita.
"Ketika saya memeriksa menggunakan spekulum, saya ternampak serangga di dalamnya. Bila dikeluarkan, rupa-rupanya seekor lipas," katanya.
Serangga yang dikeluarkan dari alat sulit pesakit itu dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan tidak diketahui bagaimana ia boleh masuk ke dalam badan wanita berkenaan.
Dr Calix juga tidak menjelaskan secara terperinci apakah pesakit mengalami kecederaan atau memerlukan rawatan lanjut.
Apa yang penting, serangga itu dapat dikeluarkan dan jika tidak dilakukan secepat mungkin, ia boleh menyebabkan jangkitan, kerosakkan alat sulit dan kesan-kesan buruk lain yang tidak diketahui.
Dr Calix turut meminta wanita berkenaan memantau keadaan dirinya termasuk mengawasi gejala abnormal seperti alat sulit berbau, berlaku pendarahan, bengkak atau ruam.
Tambahnya, golongan wanita tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat doktor jika ada sesuatu yang tidak kena dengan alat sulitnya. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/shVSoJ6
via IFTTT
No comments:
Post a Comment