Tindakan tidak bertanggungjawab sebilangan besar pengguna yang meletakkan kenderaan di tepi jalan utama keluar masuk ke MRT Cyberjaya City Centre, telah menyebabkan dua bas pengangkutan awam tersangkut.
Menurut pengendali akaun Twitter Cyberjaya Info, hal itu turut menyebabkan jadual perjalanan bas berkenaan terjejas sekali gus merencatkan perkhidmatan pengangkutan awam.
"Orang parking kiri kanan jalan dekat MRT Cyberjaya City Centre. Tak pasal-pasal bas perantara MRT ini sangkut, lepas tu bas lambat dari schedule.
"Kesian orang lambat balik rumah untuk berbuka puasa nanti," katanya.
Orang parking kiri kanan jalan dekat MRT Cyberjaya City Centre. Tak pasal-pasal bas perantara MRT ni sangkut, lepas tu bas lambat dari schedule. 😰😠pic.twitter.com/xizxKSSMfO
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) April 12, 2023
Video berdurasi hampir seminit menunjukkan bas tersebut tidak dapat melalui laluan itu kerana terlalu sempit. Walaupun pemandunya mencuba untuk meneruskan perjalanan dengan cermat, tetapi gagal kerana laluan terlalu sempit dan berisiko untuk bergesel dengan kenderaan di bahu jalan.
Ciapan itu mengundang perhatian netizen. Ada yang menyalahkan pihak MRT Cyberjaya yang tidak menyediakan kawasan parking berkapasiti besar menampung jumlah kenderaan penggunanya. Tetapi komen seperti itu dibidas oleh netizen lain.
"Serious aku tak faham. You build public transport for people to use it. But, tak pernah cukup untuk bina parking yang besar for the capacity. To be honest, sad to be Malaysian!" kata Razi.
"Buat la parking lagu mana pun, tepi jalan juga dia nak parking. Kalau boleh depan tren tu dia nak park sebab malas berjalan," kata Judgy.
"Salahkan govt and company tak guna, benda tak boleh ubah. Attitude kita boleh diubah, jangan jadi bangang," kata Tok Wan.
Sumber: Twitter
from The Reporter https://ift.tt/J0u4D9L
via IFTTT
No comments:
Post a Comment