Minggu lalu tular kes influencer TikTok curang dengan staff sendiri. Menurut bekas isterinya, lelaki itu pernah menyuarakan hasrat untuk memeluk agama Islam bagi tujuan meningkatkan jualan barangan mereka secara live di TikTok.
"...dan dia nak masuk Islam. Sebab kalau sudah masuk Islam, baru ada lebih ramai Melayu percaya pada dia dan beli barang dia semasa live di TikTok," kata Shermine.
Pendedahan itu menarik perhatian pelakon Adam Corrie yang berasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa niat seperti itu adalah tidak betul.
"Saya terbaca kisah seorang TikToker not yet muslim ingin peluk Islam kerana ingin dapatkan sales. Saya tak pasti ia sahih ke tidak, Allah Maha MengetahuiNya.
"Bagi saya sebagai sebangsa dengan TikToker tersebut, niat anda sudah tidak betul kerana ingin menggunakan status agama untuk meraih keuntungan, bukannya kerana ingin menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
"Saya sarankan mana-mana TikToker / Influencer not yet muslim untuk tidak menggunakan agama Islam sebagai cara meraih keuntungan dan kepentingan diri sendiri," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Bagi Adam, tiada salahnya mana-mana individu bukan Islam untuk belajar mengenal Islam tetapi niatnya perlulah betul, bukannya untuk content semata-mata.
Selain itu, golongan ini perlu faham bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian kaum dan agama dan adalah satu kewajipan untuk menghormati perkara itu.
"Kalau yang niat nak masuk Islam sebab kepentingan diri, anda takkan ke mana. Nanti anda akan salahkan Islam jika tujuan utama peluk Islam nak dapat kekayaan itu tidak tercapai. Fikir-fikirkan, agama bukan untuk dibuat main-main.
"...niatkan semuanya kerana Allah," katanya.
Sumber: Facebook Adam Corrie
from The Reporter https://ift.tt/gPiv53N
via IFTTT
No comments:
Post a Comment