loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 15, 2023

    ‘Finally tuhan tunjuk, siapa penyondol’ - Isteri influencer TikTok dedah suaminya disondol staff sendiri



    TikToker yang selalu memberi video yang sarat dengan mesej positif kepada pengikutnya, hari ini menjadi tumpuan netizen susulan tindakan isterinya mendedahkan lelaki berlaku curang dengan kakitangannya sendiri. 

    "Finally Tuhan dah nampak, siapa yang jadi penyondol siapa, tanggunglah tu. Kalau nak main, jangan main lak orang. Bukan tak cantik, janganlah jadi perampas. 


    "I bagi you live, bagi you kerja, bukan bagi you laki (I) tau? Lets start the war, photo nanti slow-slow up," demikian status pertama Shermine Hau, isteri kepada influencer TikTok terbabit yang turut mendedahkan gambar wanita penyondol itu. 


    PERBUALAN WHATSAPP BUKTI SUAMINYA CURANG


    Selain itu, Shermine juga turut berkongsi screenshot perbualan WhatsApp pasangan curang itu. Berdasarkan gambar, kedua-duanya dilihat mula bersayang-sayangan, mahu berpelukan di tangga, memakai baju sedondon, meluahkan rasa cinta, mula bermesej berunsur seksual dan banyak lagi. 


    Lebih mengejutkan lagi, Shermine berkongsi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mereka bertengkar sebelum lelaki itu memukulnya. 



    "Saya dan keluarga memang sakit hati dan kecewa. Dulu pernah ada yang beri nasihat untuk berhati-hati dengan perempuan itu. Tetapi saya lebih percayakan mereka sebab suami kata itu cuma marketing strategy untuk ambil perhatian penonton. Apabila dikecam,view akan naik. 


    "Tetapi saya silap, sebab saya percaya sangat pada suami yang dikahwini sejak lapan tahun lalu. 






    "September 2022, suami kata nak pergi ke Bali sendiri sebab stress dan mahu tenangkan diri. Saya akur dan faham dia stress buat live. Masa itu saya ada terima mesej dari seseorang yang kata suami bukan pergi sendiri. Saya screenshot dan hantar pada suami, siap kata suami terlalu famous sampai orang nak toxic. Suami suruh saya block, jangan pedulikan dia. 


    "Tetapi sejak kebelakangan ini ramai followers yang suruh saya berhati-hati sebab diorang selalu keluar bersama. Masa di luar pun tak ada batasan, sangat rapat. Saya dah mula curiga dan bertanya, tetapi dia diam dan tak mengaku. Saya menangis merayu barulah dia mengaku. "Dia cakap memang diorang pergi ke Bali bersama. Tergamak diorang menipu saya. Saya menangis sampai tak boleh nak bernafas.


    "Mira dah ikut saya selama lima tahun, saya memang beri layanan baik dan percaya pada dia. Bila saya check handphone suami, rupanya diorang mula menjalinkan hubungan sejak April 2022. Masa itu saya dalam pantang, baru bersalin," katanya. 


    TERKEJUT SUAMI MINTA LAKUKAN HUBUNGAN INTIM BERTIGA


    Sejak dari itu, rumahtangga mula berantakan. Sampai pernah sekali lelaki itu bertanya jika mereka boleh melakukan hubungan intim secara bertiga.


    "Mestilah saya cakap tak boleh! Saya sangat marah tetapi tak berani melawan dia sebab keluarga saya bergantung pada dia Tetapi saya tetap menolak dan meminta dia menghormati saya. I'm your wife, not your toy!


    "Masih ingat ada satu hari itu ida bawa saya pergi ke hotel, beri saya minum wine dan diberi ubat (seksual). Selepas itu saya tidak sedar apa yang berlaku. Tetapi pada keesokan harinya, saya nampak paha saya lebam dan badan rasa sakit. Kemudian terjumpa satu foundation perempuan tetapi bukan milik saya. 


    "Suami kata, mungkin cleaner hotel tak bersih/kemas betul-betul dan foundation itu mungkin milik penginap sebelum ini. tetapi saya syak ada sesuatu yang berlaku pada malam itu," katanya. 


    LUAH HASRAT MASUK ISLAM UNTUK TARIK FOLLOWERS BELI BARANG


    Menjelaskan lebih lanjut, Shermine mendedahkan suaminya pernah menyuarakan hasrat untuk memeluk agama Islam untuk menarik lebih ramai orang Melayu membeli barangannya semasa membuat live di TikTok. 


    Keadaan menjadi lebih buruk apabila lelaki itu meminta Shermine menandatangani surat perceraian dan hak penjagaan tiga anak mereka haruslah diserahkan kepadanya. Shermine turut diugut oleh lelaki itu yang dia akan menyebarkan videonya sekiranya permintaan itu tidak dituruti. 


    Bimbang dengan ugutan itu, Shermine terpaksa akur kerana bimbang dilanda masalah kewangan. Dan sejak dari itu, penyondol terbabit semakin biadap dan mula memburukkannya di hadapan staff lain. 


    TERPAKSA BERSEMBUNYI KERANA BIMBANG KESELAMATAN DIRI & ANAK-ANAK


    Pegangan saham Shermine dalam syarikat yang diusaha-samakan dengan lelaki itu juga telah dikeluarkan. 





    Akhir sekali Shermine mengatakan dia kini terpaksa bersembunyi di satu tempat kerana bimbang dengan bekas suaminya yang akan mencederakan dia dan anak-anaknya. 

    "Saya takut dia bunuh saya sebab dia memang gila selalu nak pukul saya. Saya perlu bersembunyi dulu. Saya bimbang akan keselamatan dri dan anak-anak. Harap polis dapat tologn saya. Saya tak berani keluar sekarang," katanya. 



    Sumber: Shermine Hau



    from The Reporter https://ift.tt/RiMk1Dv
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment