Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dilaporkan maut dalam kebakaran selepas kediamannya di Kampung Alma, Bukit Mertajam, dijilat api.
Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang tadi dan mangsa, Nuraida Hashim, 43, yang terlantar di atas katil di dalam bilik sejak dua tahun lalu, tidak sempat diselamatkan.
Menurut abang ipar mangsa, Abdul Rais, 48, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi anaknya yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Ketika itu, Abdul Rais bersama isterinya berada di Kulim, Kedah untuk urusan peribadi.
Jelas Abdul Rais, anaknya sempat melarikan diri bersama neneknya berusia 80-an. Malangnya, ibu saudaranya, Nuraida, yang terlantar di atas katil tidak dapat dibawa bersama berikutan api sedang marak dengan pantas.
"Saya kemudian terus menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan sebelum bergegas pulang ke rumah,"katanya.
Abdul Rais percaya, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas di bilik mangsa. Tetapi menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu berlaku.
Sementara itu, Komander Operasi Bomba Mohd Fazlee Mohamad berkata, kebakaran itu telah memusnahkan 40 peratus kediaman keluarga itu dan kebakaran hanya berjaya dikawal pada jam 5.31 petang, kira-kira 30 minit selepas pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu.
Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mangsa yang berada di atas katil sebelum disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/kOBpKl7
via IFTTT
No comments:
Post a Comment