Pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan mutaah dan nafkah yang dimintanya sebelum ini adalah amaun yang munasabah dan berdasarkan kemampuan Syamsul Yusof.
"Mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000. I minta bayar setiap tahun RM100,000 tu you mampu kot?
"Even I bincang dengan your mum, RM500K mutaah + nafkah tertunggak itu reasonable kot. Harta sepencarian 1 sen pun I tak tuntut," kata Puteri Sarah menerusi kenyataan dimuat naik di Instastor tiga jam lalu.
Puteri Sarah turut mencadangkan Syamsul menjual kereta-kereta mewahnya jika benar tidak mampu membayar amaun yang dipintanya itu.
"Boleh je jual Lamborghini yang you banggakan tu untuk bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa? Jual la buat bayar nafkah.
Menggulas mengenai permintaan Syamsul untuk menarik balik permohonan nusyuz terhadapnya, Puteri Sarah tidak bersetuju dan mahu perkara itu diteruskan.
"Suruh tarik nusyuz? Hello bro, if I file nusyuz towards you, tunjuk video tak senonoh you dengan Ira, gambar tak senonoh masa before you guys kahwin, rasanya nusyuz you lagi teruk kot.
"Dengan Ira mengaku to JAWI persetubuhan luar nikah, siapa yang nusyuz?
"Tak payah tarik nusyuz, biar mahkamah tentukan siapa yang nusyuz. I like that.
"For your info, nafkah yang you bagi tu cukup-cukup makan. Nafkah isteri takde bertahun. Jadi jangan gembira sangat. Takpe, kita fight di mahkamah," katanya.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
from The Reporter https://ift.tt/dPzRMho
via IFTTT
No comments:
Post a Comment