Jumaat lalu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menjalankan Op Selamat bagi mengekang kegiatan mat rempit di sekitar Kulai.
Operasi yang bermula jam 11 malam sehingga jam 5 petang semalam itu diadakan di Kilomeetr 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi dengan bantuan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Cawangan Pengangkutan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, semasa operasi dijalankan, kebanyakan penunggang motosikal terbabit bertindak melarikan diri dan bersembunyi di dalam kawasan kebun sawit kira-kira jam 3 pagi dan cuba melarikan diri melalui jalan tikus yang sudah dikepung polis.
Bagaimanapun, pada jam 9 pagi, seorang demi seorang mat rempit terbabit tampil menyerah diri.
"Operasi khas selama 18 jam itu diketuai Inspektor Alexander Jeremy Jimy dari BSPT IPD Kulai bersama pegawai dan 13 anggota bermula jam 11 malam Jumaat sehingga 5 petang Sabtu.
"Mereka dakwa tak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas. Ditambah pula ada yang berasa lapar dan rindu dengan juadah Hari Raya Pertama.
"Sebanyak 140 saman dikeluarkan antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos, tidak memakai topi keledar dan pelbagai lagi kesalahan lain.
"Sebanyak 39 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/oqBkN2X
via IFTTT
No comments:
Post a Comment