loading...
  • Breaking News

    Thursday, April 13, 2023

    'Lelaki itu gagal menghantar beberapa penghantaran makanan' - Foodpanda jawab dakwaan Muhd. Saifuddin



    Beberapa hari lalu, seorang penghantar makanan Food Panda meluahkan rasa terkilan dengan tindakan majikannya yang didakwa telah memotong gajinya.


    Berikutan itu juga, beberapa pihak telah tampil bertemu dengan pemuda ini, antaranya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut menjemput Muhd Saifuddin ke kediaman rasmi menteri besar itu.


    Rentetan dengan isu tersebut juga, Foodpanda akan bertemu dengan rider, Muhd. Saifuddin Mustafa, 28, pada hari ini bagi mendapatkan penjelasan.


    Foodpanda menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu dibangkitkan Muhd. Saifuddin itu, malah sudah menghubungi pemuda tersebut sejak Isnin lalu.


    Menurutnya, siasatan dalaman pihaknya mendapati, lelaki itu gagal menghantar beberapa penghantaran makanan dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penghantar makanan.


    Kami turut menerima beberapa peringatan berhubung kegagalan penghantaran makanan oleh lelaki itu kepada pelanggan.


    “Sebagai penyedia perkhidmatan, Foodpanda mempunyai tanggungjawab mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan selain memastikan makanan ditempah dihantar tepat pada masanya,” katanya.


    Katanya, Muhd. Saifuddin bersetuju untuk bertemu dengan pihaknya esok bagi merungkai dakwaan dan kesulitan yang berlaku.


    Sementara itu, Foodpanda turut berterima kasih kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar di atas keprihatinan terhadap isu kebajikan membabitkan sektor penghantaran makanan.


    Sumber: Utusan



    from The Reporter https://ift.tt/5vot4hm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment