Kerana keterujaan bakal menyambut Aidilfitri di kampung, seorang lelaki tidak menyedari dia tertinggal isterinya di sebuah pos pemantau semasa dalam perjalanan dari Jakarta ke wilayah Jawa Tengah.
Lelaki yang berasal dari Bogor itu pada mulanya menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya.
Semasa dalam perjalanan, lelaki yang dikenali sebagai Adam itu berasa keliru terhadap laluan, menyebabkan dia berhenti di tepi jalan. Dia tidak sedar bahawa isterinya sudah turun dari motosikal sebelum meneruskan perjalanan tanpa isterinya.
Setelah dua jam perjalanan, anaknya mula bertanyakan keberadaan ibunya dan ketika juga Adam mula menyedari isterinya tiada di belakang serta menyangka wanita itu terjatuh daripada motosikal.
Adam kemudian memeriksa telefon bimbitnya lalu mendapati terdapat 21 panggilan tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali. Setelah menghubungi nombor itu, Adam dimaklumkan bahawa ia adalah daripada pos polis Brebes yang memberitahu isterinya berada dalam keadaan selamat bersama pihak berkuasa.
Ketua Polis Brebes, Gunut Muhammad Tariq berkata, Adam berpatah balik untuk mengambil isterinya dari Pekalongan ke Brebes dalam perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam.
Ketika ditemubual, Adam berkata dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis diatas pertolongan menemukan kembali dia dan isterinya.
from The Reporter https://ift.tt/6UrsRWv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment