loading...
  • Breaking News

    Sunday, April 16, 2023

    'Saya tak minat mat saleh, saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia' - Leona



    Leona, anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman yang selalu menjadi perhatian di media sosial memaklumkan, dia tidak tertarik untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki 'mat saleh'.


    Sebaliknya, Leona atau nama sebenar, Kasih Iris Leona Hairi Azhar, 24, lebih berminat dengan lelaki Asia atau lelaki Melayu di negara kelahirannya sendiri. 


    "Orang mungkin anggap saya lebih tertark dengan lelaki berkulit putih. Tetapi saya tidak minat langsung. Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia, termasuk jejaka Melayu.


    "Ada banyak sebab, antaranya lelaki Asia lebih berbudi bahasa, bersopan santun dan baik. Untuk mencari teman lelaki, saya tidak memandang rupa mereka. Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai," katanya. 


    Difahamkan, Leona pada masa ini masih 'single' selepas berpisah dengan pasangannya lapan bulan lalu. Ditanya sama ada masih mencari pengganti, Leona menjelaskan ibunya tidak membenarkan dia menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. 


    "Saya belum ada pengganti lagi sebab ibu saya tak bagi saya jalinkan hubungan cinta buat masa sekarang. Tetapi kalau siapa-siapa berminat, apa salahnya," katanya. 


    Leona kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang pengurusan di University of Bath, England. Leona dikatakan pulang awal ke Malaysia selama dua minggu untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama dengan keluarganya. 


    Sumber: Kosmo! Online



    from The Reporter https://ift.tt/efINRLt
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment