loading...
  • Breaking News

    Sunday, April 16, 2023

    'Macam mana B40, M40 nak balik beraya?' - Wee Ka Siong terkejut tiket penerbangan KL - Tawau (sehala) RM3,138 tetapi...



    Bekas menteri pengangkutan yang juga Presiden MCA, Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa harga tiket penerbangan sehala antara Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah berharga RM3,138. 


    Mengakui terkejut dengan harga itu, Wee berkata syarikat penerbangan tidak sepatutnya mengenakan harga tambang setinggi itu kerana negara bukan lagi berada dalam sekatan pergerakan (PKP). 


    "Sekarang bukan lagi isu sekatan pergerakan akibat Covid-19 atau MRO, tetapi harga tambang dari Kuala Lumpur ke Tawau bernilai RM3,138 seorang. 


    "Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni? 


    "Sekali lagi ditegaskan bahawa, pada masa ini bukan waktu berlakunya pandemik Covid-19! Sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan 'grounded' seperti waktu pandemik. 


    "Saya merayu kepada syarikat penerbangan, berpada-padalah. Tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelatan. 


    "Jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa syarikat penerbangan tertentu dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntngan tinggi sehingga semua kerugian yang ditanggung semasa Covid-19 mahu dipulihkan dalam tempoh yang singkat," katanya. 


    Sementara itu, netizen membidas Ka Siong yang dikatakan tidak berfungsi ketika menjadi menteri pengangkutan. 


    "Time kau jadi menteri, langsung kau tak berkutik! Sekarang baru nak bising?" kata Waty. 


    "Ini contoh manusia yang tak berfungsi bila pegang jawatan. Bila tak pegang jawatan, dialah yang terpaling berfungsi kononnya. Walhal, sama jer. Jenis ayam berokok," kata Nurul. 


    Sumber: Malaysia Gazette




    from The Reporter https://ift.tt/WwZkTG3
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment