loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 29, 2023

    Cuaca panas belum capai tahap bahaya, tiada keperluan untuk laksanakan aktiviti pembenihan awan - MetMalaysia



    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak bercadang melakukan pembenihan awan dalam masa terdekat walaupun banyak kawasan di Malaysia terutamanya di utara semenanjung merekodkan peningkatan cuaca panas. 


    Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Met Malaysia, Ambun Dindang berkata, setakat ini tiada keperluan untuk melakukan aktiviti pembenihan awan kerana keadaan cuaca panas dan jerebu masih belum mencapai paras bahaya. 


    Sedangkan aktiviti itu lazimnya bertujuan meningkatkan paras air empangan dan juga mengurangkan kesanjerebu. 


    "Jerebu berpotensi berlaku jika banyak kawasan merekodkan titik panas. Sehingga kini, kawasan merekodkan titik panas di negara kita dan negara jiran hanya sedikit dan ia tidak menyumbang kepada jerebu. 


    "Kita menjangkakan hujan akan berlaku dalam beberapa hari mendatang. Ini membantu memulihkan kualiti udara dan seterusnya dapat mengurangkan suhu tinggi terutama di utara semenanjung yang banyak merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga," katanya. 


    Jelas Ambun lagi, Malaysia kini sedang mengalami Fasa Peralihan Monsun dan di awal peralihan ini cuaca agak panas terutamanya di utara semenanjung Malaysia. 


    Walau bagaimanapun, negara dijangka akan menerima banyak taburan hujan sehingga awal Mei nanti. 


    Sumber: Berita Harian



    from The Reporter https://ift.tt/YFgHaES
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment