Pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dilaporkan menjalani proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bagi perbincangan untuk mencapai kata sepakat di antara kedua belah pihak.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana tidak lama lagi akan dapat berjumpa dengan anak-anak," kata Farid.
Bagaimanapun, peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, Diana tidak hadir ke proses tersebut hari ini.
Walaupun begitu, Farid tidak berputus asa dan demi menyelamatkan rumah tangganya, dia sanggup memberi empat tawaran kepada Diana.
Empat tawaran itu dikatakan bernilai RM319,700 itu adalah sebuah kereta Toyota Vellfire (RM225,000), barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000 dan bayaran balik kos tiket mengerjakan umrah bernilai RM44,000.
Dalam penjelasan Farid kepada media, kos mengerjakan umrah itu sebenarnya adalah hadiah. Tetapi disebabkan timbulkan perselisihan faham di antara mereka, ia telah bertukar menjadi hutang.
Farid berharap, dengan tawaran itu dia dapat melembutkan hati Diana agar mereka dapat kembali bersama seperti biasa.
"Saya dengan setulus hati, di bulan Ramadan penuh keberkatan ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson, tawaran seperti ini sebagai usaha saya untuk menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
"Saya amat berharap dengan tawaran ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/SmlFH1L
via IFTTT
No comments:
Post a Comment