loading...
  • Breaking News

    Wednesday, April 19, 2023

    'Saya dengan Mira adalah rakan sekerja' - Influencer TIkTok nafi mengaku pergi bercuti ke Bali bersama Mira tetapi hanya untuk tenangkan fikiran jer



    Influencer TikTok, View Chin, 33, menegaskan bahawa panggilan 'sayang' dengan pekerjanya adalah sama seperti budaya barat 'Dear', tidak membawa maksud untuk berlaku curang. 


    Terdahulu bekas isterinya, Shermine, mendedahkan View Chin bersayang-sayangan dengan pekerja wanita bernama Mira dalam perbualan di aplikasi WhatsApp yang disyaki menjalinkan hubungan terlarang. 


    Bagaimanapun View Chin menafikan dakwaan itu dan menjelaskan syarikat menjual pakaian wanita, sudah tentu mempunyai ramai pekerja wanita. 


    View Chin merasakan dirinya mempunyai hubungan yang baik dengan pekerjanya dan disebabkan itu dia memanggil merea 'sayang' apabila berkomunikasi, seperti 'dear' dalam bahasa inggeris pada budaya barat yang tidak membawa maksud lebih daripada itu. 


    MIRA KERAP HANTAR GAMBAR DADA?


    Menggulas mengenai dakwaan Mira kerap menghantar gambar dadanya setiap hari dan mereka berdua kerap memakai baju sedondon, View Chin memberikan alasan bahawa dia dan Mira kerap membuat live bersama di aplikasi TikTok dan sudah pasti mereka mahu memberikan penampilan yang terbaik di mata penonton dengan berpakaian sedondon. 


    Dan disebabkan hal itu, Mira kerap berkongsi mengenai warna pakaiannya melalui aplikasi WhatsApp bagi memudahkannya untuk memilih warna pakaian yang hendak dipakai. 


    View Chin juga menjelaskan banyak sumbangan Mira kepada syarikat dan pasukannya, malah menegaskan dia dan Mira mempunyai persefahaman yang baik dalam kerja dan mudah bekerjasama. 


    PERCUTIAN KE BALI, INDONESIA BERSAMA MIRA?


    View Chin mengesahkan dia dan Mira pergi bercuti bersama ke Bali, Indonesia tahun lalu. Tetapi hanya sekadar untuk bersantai dan menenangkan fikiran. 


    Dia pada ketika itu percaya Shermine mempunyai hubungan sulit dan dalam masa sama hubungan mereka juga dilanda konflik yang menyebabkan dia tertekan dan mahu pergi bercuti di luar negara. 


    "Sebab Mira dengan saya adalah rakan sekerja, saya luahkan kepada dia tentang status rumah tangga saya. Dia faham dengan situasi saya," katanya. 


    View mengakui dia selalu berkongsi tentang luahan perasaannya. Selepas mengetahui View Chin berada dalam mood yang tidak baik, View Chin memaklumkan Mira menasihatkannya untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan fikiran. 


    Tambahan, selepas mereka melakukan sesi live bersama, dia dan Mira selalu pergi makan bersama sebagai ganjaran untuk diri mereka sama ada menikmati buffet di hotel atau mana-mana tempat mengikut pilihan mereka. 


    HADIAH KEPADA MIRA LEBIH MAHAL DARIPADA HADIAH KEPADA SHERMINE


    Sementara itu, netizen mendakwa View Chin memberikan hadiah yang dianggap mahal dan mewah kepada Mira berbanding isterinya sendiri. Tetapi View Chin menafikan dakwaan itu dan meminta netizen membuat semakan sebelum melemparkan dakwaan tidak berasas itu. 


    "Beg tangan jenama Gucci yang saya hadiahkan kepada bekas isteri bernilai RM10,000 dan harga dompet LV yang diberi kepada Mira lebih kurang RM1,000. Awak boleh semak harganya secara online," katanya. 


    Jelas View Chin lagi, tidak kira apa jenama hadiah yang diberi, selagi ia merupakan hadiah, itu adalah ganjaran untuk Mira atas hasil usahanya. 


    Berhubung pemberian kereta mewah, View Chin berkata, Mira sebelum itu ada memohon pinjaman pembelian kereta baharu melalui syarikatnya. Kereta itu dibayar oleh Mira sendiri secara bulanan, bukannya seperti yang didakwa oleh netizen kononnya dia yang membayarnya.


    Sumber: China Press



    from The Reporter https://ift.tt/IxRdoi8
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment