Rata-rata ibu bapa yang bekerjaya memilih untuk menghantar anak kepada pengasuh. Zaman serba canggih, untuk mencari pengasuh hanya mencari di laman web sahaja. Apa-apa sahaja kriteria yang diperlukan sudah terpampang di iklan. Namun, lain yang dihajati, lain pula yang dicari.
Seorang lelaki dikecam kerana memuatnaik beberapa gambar pengasuh yang diiklankan di laman web. Rata-rata pengasuh tersebut masih muda.
"Wife minta carikan pengasuh Isaac. Abam pun pergi la register kat website. Nak cari pengasuh mesti la yang dekat dengan rumah. Senang nak arrange kan.
"Rupa, umur tak penting. Dah letak kriteria yang kita nak, keluar la list-list tu. Ni pengasuh Isaac tu. Papa la anta dengan ambik adik, ya.
"Baru tahu sekarang ada macam-macam kalau nak cari pergi je kat google. Nak proceed ke tak ni. Serba salah pulak. Nak ambik makcik-makcik memang tak ada la dalam ni. Mostly umur 20-40. Korang nak website dia tak? Yang nak cari pengasuh tu, meh DM Abam," tulisnya.
Seorang wanita yang juga merupakan kaunselor laktasi mengecam tindakan lelaki itu yang dilihat seperti kurang bermoral.
"Buatlah personal branding yang bermoral kalau nak cari pengikut. Tak semuanya yang follow dari post kurang bermoral tu akan jadi pelanggan kita. Lebih berkat kalau kita tarik pengikut dengan cara betul.
"Boleh je delete gambar yang dipaparkan betul tak? Tapi dah viral, dah ada pengikut baru katanya, biarlah. Asalkan pengikut bertambah.
"Jika gambar salah seorang pengasuh muda ni adik saya atau anak saya, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan. Sebab dari maklumat dan gambar ini sahaja, gadis-gadis berdikari ini bakal diganggu oleh lelaki yang tak boleh guna otak dengan betul," katanya.
Wanita ini juga menegaskan tidak semua benda atau setiap hantaran boleh dijadikan lawak jenaka apatah lagi apabila melibatkan maklumat peribadi individu.
"Tak semua lelaki begitu. Saya pun guna apps ni bersama suami nak cari pengasuh. Tapi encik ini melawak untuk miang dan ajak lelaki lain merangkap ayah untuk miang sama secara terbuka di post beliau.
"Katanya selama ni memang post beliau tentang lawak jenaka. Kena bezakan ni lawak ke tak. Upload gambar anak dara orang dan ramai lelaki miang komen, lawak ke encik?
"Kalau satu hari nanti gambar anak perempuan encik yang ditularkan oleh lelaki miang lain bergelar seorang ayah juga, apa perasaan encik ya? Apatah lagi kalau ditularkan oleh seorang pedo dan golongan pedo lain komen miang sama.
"Dan bayangkan pedo tu kata macam ni pada encik, "Saya buat lawak je. Tak ada niat apa pun. Asbab posting saya upload gambar anak awak, saya dah bantu bisnes penapis air awak laku..."
"Masa tu encik akan faham maksud lawak yang sebenar," tulisnya.
Sumber: Nad Masrom
from The Reporter https://ift.tt/1d2ls75
via IFTTT
No comments:
Post a Comment