Foto : The Star |
Pengarah Syafiq Yusof semalam memaklumkan beliau akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan abangnya, Syamsul Yusof dan kakak ipar baharu, Ira Kazar.
Berkata kepada Utusan, Syafiq berharap hubungan keluarganya kembali seperti dulu. Apa yang berlaku kepada Syamsul adalah ujian hidup dan dia sebagai adik akan terus memberi nasihat dan semangat.
"Apa pun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali.
"Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain.
"Saya selalu cakap, banyak bersabar dan ini adalah ujian hidup dia. Saya percaya Syamsul adalah individ yang kuat serta mampu mengharungi situasi ini.
"Sebagai adik, saya perlu beri sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera," katanya.
Bagaimanapun, ada beberapa media yang dikesan telah menokok tambahkan tajuk berita yang membabitkan kakak ipar baharunya itu sehingga mengundang reaksi negatif daripada netizen.
Kesal dengan apa yang berlaku, Syafiq menerusi hantaran di Instastorynya hari ini memberi penjelasan tegas dan memilih untuk menutup mulutnya selepas ini.
"Saya cuma cakap, 'doakan yang baik-baik harap semua selesai cara baik dan move on, dan raya nanti sebagai adik mestilah saya akan pergi jumpa abang saya untuk beraya.".
"Itu sahaja! Yang segelintir media pergi tokok tambah tu dah kenapa? Kalau saya jawab no komen, nanti kata saya sombong.
"Sorry la lepas ni memang zip mulut, no komen!" katanya.
Sumber: Utusan, Instagram Syafiq Yusof
from The Reporter https://ift.tt/WBmLkef
via IFTTT
No comments:
Post a Comment