Tidak diketahui lokasi dan masa kejadian, namun kejadian itu berpunca daripada tindakan suspek yang telah menghalang laluan keluar kenderaan wanita berkenaan.
Menurut pengadu, dia sudah meminta dengan cara baik agar lelaki itu untuk mengalihkan kenderaannya. Namun, permintaannya itu dipercayai tidak diendahkan.
Kesian akak ni dah la ada anxiety lepas tu kena sexual harassment dengan India kereta kelisa ni. Tak boleh nak bayang orang anxiety kena hadap abuse macam ni.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 11, 2023
Ada 2 video pic.twitter.com/jCOQRErl9r
Tidak berpuas hati dengan kedegilan lelaki itu, pengadu mula merakam video untuk tujuan yang tidak pasti.
"You memang tak nak gerak eh? I minta dan tanya elok-elok tadi. Kita tengah parking kat sini (depan kedai runcit), dah cakap elok-elok tadi, tapi tak nak gerak. Semua orang tengah pandang," katanya.
Enggan mengalah, lelaki itu pula menghubungi seseorang dan mula melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Hello, eh bro! She taking photo la, she's a b*tch la, motherf*****! She taking my photo, she want me to f*** her tonight la bro. She like me too much la bro," kata lelaki itu.
Menyedari wanita itu ditimpa kesusahan, beberapa orang awam datang membantunya dan meminta lelaki terbabit beralih ke depan. Namun, dia masih berdegil dan bertelagah dengan orang awam.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 11, 2023
Dalam masa yang sama, pengadu dipercayai menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Sumber: Malaysia Viral
from The Reporter https://ift.tt/BuahtLf
via IFTTT
No comments:
Post a Comment