loading...
  • Breaking News

    Friday, April 14, 2023

    'Sambal Khairul Aming tak sedap' - kata lelaki ini, tetapi netizen bangkang & tegaskan rasa sedap itu adalah subjektif



    Di bulan Ramadan, selain menunggu resepi yang akan dimuat naik oleh Khairul Aming, produk makanan keluarannya iaitu Sambal Nyet juga dinantikan oleh peminat-peminatnya. 


    Baru-baru ini pula, tular mengenai Sambal Nyet yang habis terjual sebanyak 13,000 botol dalam masa hanya dua minit. Menurut Khairul Aming, ini merupakan kali pertama selama tiga tahun berniaga jualan produk itu laju disambar.



    Namun begitu, dalam kerancakan penjualan sambalnya, ada juga yang menyatakan sebaliknya mengenai rasa sambal Nyet.


    "Sambal Khairul Aming tak sedap.


    "Bagi berlaku adil daripada manipulasi masyarakat lambak: Ya, sambalnya tak sedap, tapi aku rasa perniagaannya buat masa ini yang tunjuk contoh pengurusan baik harus disokong supaya bagi pengajaran kepada kapitalis-kapitalis tamak lain. Dan setiap orang terpulang kepada selera masing-masing," kata A.Muziru Idham.


    Katanya lagi, Khairul Aming perlu ambik komen-komen netizen supaya dapat menambahbaik resepi produk.


    "Makanan juga adalah sebuah produk seni dan setiap seni sentiasa melalui proses kepada peningkatan tahap citarasa penggunanya seperti mana-mana karya seni yang lain.



    "Point utama, terus kekal dengan teladan baik agar dapat memberi pelajaran kepada syarikat-syarikat lain untuk berlaku baik dan menunaikan hak pekerja dan dalam masa yang sama terus mempertingkatkan kulaiti masakan agar dapat mendidik citarasa masyarakat ke arah yang lebih bermutu," katanya.


    Dia juga mendakwa orang ramai membeli Sambal Nyet disebabkan oleh Khairul Aming itu sendiri.


    "Selagi mana dia kekalkan standard operasi dia sekarang, perniagaan dia akan terus maju," katanya.


    Bagaimanapun, kenyataan lelaki ini disangkal oleh netizen.


    "Siapa cakap aku beli sebab brand? Aku beli sebab sambal dia memang sedap. Kalau ada brand dan tak sedap, aku tak beli," kata iidkrara.


    "Bagi aku, sambal KA still relevan dalam kategori sambal sedap. Cukup rasa tak lebih, tak kurang. Texture dan warna sambal pun bagus. Cuma kurang pedas je," kata Ali



    Sumber: A. Muziru Idham



    from The Reporter https://ift.tt/n4290V3
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment