loading...
  • Breaking News

    Wednesday, April 12, 2023

    'Masa sakit pandai pula minta doa daripada peminat' - Netizen kritik pasangan selebriti kekwat, tapi Nad Zainal tampil nafi dakwaan itu



    Sebagai selebriti, sudah tentu golongan ini seringkali menjadi perhatian orang ramai apabila mereka berada di tempat awam. Di kesempatan itu, pasti ada yang akan mengambil gambar/video, mahupun mengajak mereka untuk berselfie bersama. 


    Beberapa hari lalu, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail, dikatakan tidak begitu mesra apabila ditemui peminat. Insiden itu dikatakan berlaku di ekspo raya Putrajaya. 


    Ceritanya, pasangan itu ditegur oleh penjaga booth yang teruja melihat kehadiran mereka berdua. Bagaimanapun, Nad hanya sekadar mengangkat tangan dan suaminya tidak memberi sebarang reaksi terus berjalan ke depan. 


    @herlaianbabes Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah 🥰 #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fypã‚· #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp ♬ Santai - Faizal Tahir


    Video itu dimuat naik ke aplikasi TikTok dan reaksi balas netizen mendakwa pasangan itu kekwat, exshen bagai. Lebih teruk lagi, ada pula netizen yang berkata, "Masa sakit pandai pula minta doa daripada peminat". 


    Tidak kurang juga yang membanding bezakan pasangan selebriti itu dengan kerabat Diraja yang dikatakan lebih mesra dengan rakyat. 


    "Alohh, anak Agong pun friendly ja. Si Tengku Afzan dengan Tengku Jihan tu. Sebab tu aku memang tak pernah feeling nak excited nampak artis," kata netizen. 





    Menyedari perkara itu, Nad menerusi siaran langsung di TikTok tampil membuat penafian dan menjelaskan apa yang berlaku itu adalah disebabkan kekhilafan dirinya. 

    "Hal sombong-sombong ini saya dah tak nak fikir. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain. 


    "Sebab masa dekat event tu, mood saya sangat happy, tak ada masalah. Ada je yang kata saya ok, ada yang kata tak. Jadi pada saya semua orang lain-lain


    "Kadang-kadang, mungkin silap saya la juga kot. Muka saya ketat ke apa, jadi orang salah faham. Mungkin juga dalam sedar tak sedar, saya tidak memberi layanan sama rata kepada semua orang


    "Ya Allah, jangan la bagi orang kata aku sombong lagi. Aku rasa bibir aku dah keras senyum hari tu. Tapi tak apa, kita lupakan. Move forward. Yang saya tahu, saya jumpa orang selfie, saya happy je. Saya dah penat," katanya. 


    Sumber: Beautiful Nara, Xtra



    from The Reporter https://ift.tt/Rn3wHvq
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment