Berani buat berani tanggung. Tindakan seorang penunggang motosikal membuat aksi berbahaya, 'wheelie' bersama seorang pembonceng wanita kini sedang dalam buruan polis.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesan video tular itu di media sosial dan telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan dua individu terbabit.
Polis percaya, kejadian itu berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
"Penunggang motosikal diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan lanjut memandangkan aksi yang dilakukan itu adalah secara berbahaya.
"Ini merupakan kesalahan di bawah Seksen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muka bangga gila buat keje bodoh... pic.twitter.com/EI0Sn9OTD5
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 24, 2023
Dalam pada itu, polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Terdahulu tular video pasangan berkenaan melakukan aksi berbahaya itu mengundang kecaman netizen di media sosial. Apatah lagi perbuatan itu dilakukan tanpa memakai topi keledar seolah-olah kepala mereka keras dan tahan hentak jalan tar.
Sumber: Kosmo! Online
from The Reporter https://ift.tt/9Qohj86
via IFTTT
No comments:
Post a Comment