loading...
  • Breaking News

    Friday, April 14, 2023

    'Tak ada isu mahal pun sebab...' - Rizman Ruzaini jawab sindiran baju Melayu harga RM 1,499



    Baru-baru ini tular mengenai baju kurung jenama terkenal yang dikatakan mempunyai kualiti yang rendah sedangkan pembeli membayarnya dengan  harga hampir RM400. Belum reda dengan isu tersebut, sekali lagi isu baju raya diperkatakan. Kali ini melibatkan nama pereka fesyen terkenal,


    Rizman Ruzaini dan Ruzaini Jamil menjadi sebutan kerana menjual baju melayu rekaan mereka dengan harga mencecah RM 1,499. Lagi mengejutkan, baju Melayu tersebut telah licin dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu.


    Melihat situasi jenama mereka mula diperkatakan, mereka berkata baju Melayu itu merupakan koleksi premium dan didatangkan dengan harga bersesuaian dengan permintaan peminat.


    “Rizman Ruzaini ada banyak julat harga dan segmen yang sesuai dengan semua golongan. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal serta premium manakala RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’ dan mampu milik.


    “Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut cita rasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal,” kata Rizman.




    Tambah Ruzaini pula, rangkaian premium dan ‘luxe’ ini sangat eksklusif dan tidak dikeluarkan dengan banyak.


    “Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.


    “Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah.


    “Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak golongan, ada T20, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza” ujar Ruzaini pula.


    Sumber: Xtra.com 



    from The Reporter https://ift.tt/VOP1KSA
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment